Anxiety adalah merujuk kepada kebimbangan atau kegelisahan yang dialami seseorang. Ia boleh timbul sebagai respons terhadap ancaman, ketidakpastian atau perasaan tidak selesa dalam sesuatu situasi.
Berikut adalah tanda-tanda anxiety yang mungkin berpunca dari gangguan jin.
- Terdapat lebam-lebam pada badan pada usia muda atau sebelum kahwin.
- Rasa diekori dan didampingi oleh sesuatu yang tidak kelihatan dari pandangan mata kasar
- Rasa Dada sempit dipenuhi oleh sesuatu, namun apabila di teliti menggunakan teknologi moden, tiada apa yang kelihatan.
- Gelisah tanpa sebab. Sekiranya gelisah berpunca oleh sesuatu, itu mungkin tiada katian dengan gangguan jin. Cth :- Sekiranya kita gelisah sebab tidak menyiapkan suatu tugasan yang diberikan majikan, dan risau akan dimarahi oleh majikan, maka ini simptom normal bagi manusia.
- Malam tidur tidak lena, dan sering ditindih oleh sesuatu.
- Mudah marah walau disebabkan oleh perkara yang remeh.