Gangguan Saka Penyebab Pelajar Tahfiz Susah Hendak Menghafal.
Pesakit ini telah datang jauh dari kuala selangor untuk mendapatkan rawatan dari saya. Ibu pesakit merupakan kakak kepada kenalan ditempat kerja lama saya. Dia dah berpindah ke luar daerah, saya pun sama.
Pesakit merupakan pelajar tahfiz di madrasah moden xsilap saya. Beliau dah hafal sehingga juz 10. Bila datangnya gangguan simptomnya adalah
Setiap hari pesakit ini akan menghafal alquran 2 ms, namun bila nak dibaca depan ustaz. Langsung tidak ingat hafalan tersebut. Sedangkan sebelum ini beliau dah hafal sehingga juz 10. Jadi itu yang menjadi kegusaran kepada ibu pesakit.
Ikutkan keluarga pesakit adik beradik ibunya memang mengalami masalah penyakit misteri yang tiada kesudahan. Dan telah berpuluh tahun menghadapinya.
Nenek kepada pesakit juga turut sama menerima gangguan misteri.
Akhirnya satu pertemuan diset dirumah saya. Memangla, kalau dulu boleh je on the spot untuk dapatkan rawatan saya, namun sekarang kena buat temujanji dulu. Takut clash dengan orang lain. Sebab nak rawat nie, bukan boleh cepat2. Kena ambil masa dan ketika. Kesihatan dan kecergasan saya pun perlu diambil kira.
Apabila berhadapan dengan kes saka yang agak lama dan teruk ini. Biasanya pesakit itu ada kelebihan untuk merasai kehadiran dan keberadaan jin tersebut dalam badan atau sekitarnya. So saya biasanya akan menggunakan kelebihan tersebut untuk memastikan kes ini menuju ke arah yang semakin baik atau sembuh. Kerja saya sebenarnya semakin mudah. Tidak perlu sangat nak aktifkan sensor untuk kesan jin2 tersebut.
Macam biasa kalau kes saka, saya akan menjalankan proses buang sangka. Bermula dengan membaca ikrar pemutus saka. Misi pemutus saka ini, kebanyakan perawat yang menggunakan konsep ini tujuan utama adalah untuk membatalkan perjanjian saka keturunan ini. Namun ayat sahaja yang berbeza.
Selepas ayat pemutus saka dibaca, barulah proses membuang jin akan dilakukan. Disini mgkn kaedah perawat berbeza2. Bergantung kepada pengalaman dsn kemahiran masing2.
Saya arahkan jin tersebut sekiranya benar2 ada, keluar dari badan pesakit. Keluar dari keluarga pesakit.
Perlu diingat, saka ini kadangkala boleh bertukar kepada sahabat atau dampingan pesakit. Yang ini juga perlu diputuskan terlebih dahulu. Dengan istilah lain, ada ikatan persabahatan yang hak tanpa sedar.
Jin itu telah berkawan dan bersahabat dengan kita sejak lahir lagi. Perlu diputuskan jugak.
Semua ini saya jalankan sekaligus.
Alhamdulillah pertemuan kali kedua, pesakit sudah mampu untuk on track dalam menghafal alquran.
Walaupun saya bukan tahfiz, namun satu penghargaan buat saya untuk membantu orang lain menjadi tahfiz. Adala sikit bekalan ke akhirat kelak.