Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Kes Kerasukan dari 2pm – 11.30pm

Setiap minggu hampir ada sahaja kes kerasukan. Namun kes kerasukan kali ini agak menarik. Dimana saya langsung tidak merawat pesakit ketika pertemuan kali pertama. Walaupun pesakit sedang kerasukan. Sebab ape haa, baca ler sampai habis.

Pada minggu lepas, xsilap juga pada hari isnin. Saya didatangi oleh seorang lelaki menaiki motorsikal. Pada awalnya, anak saya ada beritahu ada orang datang rumah. Tapi bila saya jenguk, xde pun sesiapa yang datang ke rumah saya.

Biasanya kalau orang datang, mereka akan menekan loceng. Memang saya buat khas locrng tersebut untuk memudahkan orang memanggil saya di dalam rumah. Kalau beri salam, memang xdengar sangat bila berada didalam rumah. Itu fungsi loceng. Sebaiknya saya akan cuba mudahkan orang.

Bila saya check xde orang datang. Saya pun asume mungkin jiran sebelah la kot. So saya abaikan jela.

Tup2 pada jam 7 petang, tiba2 ada orang datang lelaki bermotor beritahu saya ada orang yang sedang kerasukan. Saya pun kebetulan memang sedang lapang, pergilah ikut sekali lelaki tersebut. Ada pesakit wanita kerasukan dari jam 2 ptg hingga jam 7ptg. Lokasi pesakit dekat je dengan rumah saya. Setaman. Tiada masalah buat daya dari segi lokasi.

Saya bawa motor sendiri, dan mengikuti lelaki tersebut. Sampai sahaja di rumah pesakit. Saya disambut oleh suami kepada pesakit yang merupakan kawan sekerja lelaki yang jemput saya tadi.

Masuk kedalam rumah, saya dipersilakan duduk. Saya melihat ada wanita sedang duduk terkais2 dibawah tangga. Saya melihat keadaan agak terkawal. Tidak agresif sangat.

Saya tanya beberapa soalan kepada suami pesakit. Berapa lama telah sakit, mimpi2 yang berkaitan dan simptom2 lain yang berlaku. Bilamana ada satu soalan saya tanya, mereka jelaskan. Saya jawab kalau macam nie saya xboleh nak rawat pesakit ini. Bukan sebab kes ini berat tapi ianya melibatlan etika perawat yang saya amalkan. Saya pun minta izin untuk pulang ke rumah. Saya minta suami pesakit uruskan dahulu hal tersebut. Jika dah selesai, baru panggil saya.

Saya pun berada di rumah sekitar pukul 11.30 malam. Memang hari tersebut memang saya tersangat mengantuk. Mata berat je rasa. Saya dah baring-baring untuk tidur. Tiba-tiba handphone saya berbunyi-bunyi. Hajat di hati xnak angkat, yela memang sangat nak tidur dah. Tapi mungkin ada kecemasan, kita tak tahu kan. InsyaAllah kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita semua.

Naik nombor yang saya tidak save. Saya pun angkat panggilan tersebut.
” Assalamualaikum”, Saya memulakan bicara.
“Waalaikumsalam”, Kedengaran suara lelaki disebelah sana.
” Maaf menganggu ustaz, boleh tak ustaz rawat isteri saya malam ini. Masih lagi kerasukan dari tadi.” Sambung lelaki itu.

” La masih kerasukan dari pukul 2 lagi ke. Saya ingatkan dah selesai. Ini nak tido dah. Nape xberitahu awal.” , Saya memberi respon.

” itula ustaz, saya tunggu ustaz tersebut. baru sahaja dia reply wasap saya. Saya kol dari magrib tadi tidak berjawab-jawab sampai tadi. Rupanya ustaz tersebut ada kes mengubat. Dah selesai merawat baru ustaz itu jawab whatsapp saya. “, Gaya intonasi dengan nada bersalah dan berharap.

Saya pun jadi kesianla pulak.

“Ok xpelah, kalau macam tu saya akan datang sekarang. Assalamualaikum.” Saya segera menutup bicara dan terus bergegas siap hendak ke rumah pesakit.

Mujurla, rumah kami dekat. Dalam 500 meter lebih kurang.

Ceritanya begini, ikutkan pesakit ini masih ada rawatan dengan perawat lain. Perawat itu dari Cheras. Dan dirawat sebanyak 3 kali jugak lah. Dan pesakit masih sama sahaja. Masih kerasukan. Dan ikut etika perawat yang saya pegang, saya tidak boleh ambil alih pesakit yang masih dalam rawatan perawat lain. Sebab kaedah setiap perawat mungkin berbeza. Biar selesai satu-satu. Jika perawat itu dah selesai atau beri lampu hijau untuk saya ambil alih. Baru saya akan ambil alih dan rawat pesakit tersebut.

Biar selesai satu-satu. Jangan campur aduk. Ok.

Dan waris pesakit ini telah meminta izin dengan perawat tersebut untuk berikhtiar dengan perawat lain disebabkan jarak yang jauh dan kondisi isterinya yang teruk dirasuk jin. Dan perawat itu mengizinkan. Maka saya pun bolehlah ambil alih kes ini dengan senang hati.

Bersambung dengan kes rawatan kerasukan ini. Seusai saya tiba di rumah pesakit. Kelihatan ada beberapa individu yang baru datang ke rumah itu.

” Ini siapa.” Saya tanya kepada suami pesakit. Merujuk kepada tetamu yang hadir.
” Oh, ini makcik pakcik dari taman keramat Kuala Lumpur datang sini sebab risaukan anak buahnya iaitu isteri saya.”
” Oh jauh datang sini.” Saya menjawab.

Dipendekkan cerita peringkat awal. Memang saya mengesyaki kemungkinan pesakit ini mengalami gangguan saka berdasarkan simptom2 gangguan. Dan juga, keluarga perempuan ini juga menghadapi penyakit misteri.

” Ok sekarang ini saya nak buat proses buang saka. Kalau semua nak ikut sekali putuskan saka boleh je.” Saya memulakan proses rawatan.

Perempuan itu saya lihat sangat lemah. Namun dia menggerakkan tangannnya macam mengorek sesuatu di perutnya dab bawah ulu hati.

” Siapa nama isteri ini .” Saya bertanya kepada suami pesakit.
” Alia(bukan nama sebenar).” Balasnya
” Ok Alia, dengar atau tidak apa yang saya cakap. Kalau tidak boleh cakap, just angguk sahaja. “.

” Saya nak buang saka pada kamu, kamu nak atau tidak.” Saya tanya kepada pesakit tersebut.
” Kalau nak buang, just anggukkan kepala sahaja.” Perempuan tersebut menggangguk lemah.

Dia seperti berada dalam keadaan 50/50. Tidak boleh kawal mulut. Badan sedikit bergoyang2. Berada dalam posisi duduk. Dan tangan mengorek2 sesuatu pada badan. Entah apa yang dikorekkan saya pun xtahu.

Jadi saya telah mendapatkan persetujuan dari pesakit tersebut. Ia sangat penting dalam pembuangan atau pemutusan saka ini.

” Ok semua yang ada disini, jika terdapat saka keturunan, nak atau tidak saka tersebut.” Semua memberi persetujuan untuk bersetuju membuang saka-saka keturunan jika ada.

Maka bermulalah sesi pemutusan saka. Semua bersama-sama mengikuti lafaz yang saya bacakan. Bergema suara mereka didalam rumah tersebut.

” Ok itu sahaja yang perlu dibacakan. Selepas ini tugas saya pula. Sudah tidak perlu lagi ikut cakap saya.”

Jadi saya selesaikan proses seterusnya untuk memutuskan saka. Saya memberi amaran dan dakwah kepada saka-saka tersebut. Kesan-kesan jika mereka tidak pergi. Dan ugutan sekiranya mereka degil.

Proses berjalan lancar, namun kerasukan masih berlaku.

” Assalamualaikum Jin, cakap dengan aku” saya cuba berdialog dengan jin yang berada dalam badan pesakit.

” Aku sayang budak ini.” biacara kata yang keluar dari mulut pesakit.

” Ok kalau engkau sayang, engkau kena keluar dari badan budak ini sekarang. Kalau tidak aku akan bunuh engkau.” Saya respon kata-kata jin tersebut.

” Ok, ALIA , nak tak kawan atau bersahabat dengan jin dalam badan ini.”

” Pesakit menggelengkan kepala.”

” Ya Allah sekiranya terdapat jin yang ingin mendampingi atau bersahabat. Kabulkanlah aku untuk memutuskan pesahabatan tersebut.” Saya memohon pada Allah untuk memutuskan sebarang persahabatan dan dampingan.

” Ok, sekarang pesakit ini dah tak nak bersahabat atau mendampingi kamu lagi. Dia dah xnak kamu dah. Pergilah keluar dari badan. Aku bagi laz warning.” Saya teruskan lagi sesi rawatan.

” Xnak.”

” Kalau macam itu, engkau rela dibunuh sampai mati. Sebab engkau telah beri mudarat pada pesakit ini.”

Jin tersebut tetap tidak mahu keluar. Menggelengkan kepalanya. Maka hari pun dah lewat, saya terus pergi ke belakang pesakit tersebut dan cuba ikhtiar bunuh jin tersebut.

Selepas ikhtiar bunuh dijalankan, Barulah pesakit boleh bercakap secara normal tanpa dikawal oleh jin yang merasuk dia.

” Ok sekarang badan kamu macam mane sekarang. Ada sakit-sakit lain atau berat-berat?”

” Xde dah tinggal kebas-kebas sahaja.” respon pesakit itu.

Saya pun memulihkan segala kotoran dan zat jahat yang menyebabkan kebas-kebas itu berlaku. Saya semak, dah tiada jin dalam badan. Ditambah dengan perubahan sikap dan respon dari pesakit. Sikapnya kembali normal, sudah tiada pergerakan-pergerakan diluar kawalan.

” Ok, rawatan untuk malam ini telah selesai. Nanti set masa datang rumah saya. Tunggu dulu selepas isteri telah recovery sepenuhnya. Baru kita buat rawatan susulan. Dia penat sangat nie. Lama sangat kerasukan, dari pukul 2 petang hingga pukul 11.30malam. Makan dan rehat secukupnya. Ok.” Saya mengesyorkan tindakan selepas rawatan ini.

Jadi semua kembali normal. Saya minta izin untuk undur diri dan pulang

Proses rawatan lebih kurang 15-20 minit.

Selepas 1 minggu kes itu berlalu. Suami pesakit membuat temujanji untuk mendapatkan rawatan susulan dengan saya. Sambil itu saya ada tanya kepadanya keadaan semasa isterinya. Alhamdulillah sudah tiada kerasukan.

Jadi pertemuan pun diatur, segala dipermudahkan oleh Allah. Pesakit sudah tidak mengalami sebarang gejala gangguan jin seperti sebelum ini. Dan saya tutup kes ini. Saya maklumkan kepadanya, merupakan satu rezeki dengan sekali rawatan sudah pulih sepenuhnya. Rezeki padanya untuk kembali sihat. Rezeki saya untuk dapat membantunya kembali sihat. Banyak bersyukurlah kepada Allah.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *