Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Kes Saka – Perginya Seorang Ibu Keseorangan Tanpa Anak-Anak Disisi

Mahathir, cikgu nak minta bantuan untuk bantu kakak ipar cikgu dipermudahkan pemergiannya. Cikgu kesian sangat tengoknya.

Kenapa kesian cikgu?

Yela, belakang badannya telah luka sebab lama terbaring. Anak-anak pula xde sape yang sanggup jaga sebab masing-masing bekerja. Mereka ada cuba hantar ke pusat jagaan orang tua-tua, tetapi pusat jagaan tersebut tidak terima dah. Sebab susah nak jaga.

Berapa orang anaknya cikgu?

5 Orang. Dua orang lelaki, sorang lelaki dah masuk penjara sebab kes dadah.

Satu temujanji telah diaturkan pada petang ahad. cikgu saya itu tunggu saya di simpang jalan masuk ke rumah pesakit. Terfikir di benak saya, adakah akan saya saksikan sekian kali, sekujur tubuh manusia yang tidak lama lagi akan mengadap illahi.

Saya mengekori cikgu tersebut yang menaiki motor pergi ke rumah pesakit. Jarak dari simpang ke depan rumah lebih kurang 500 meter juga la. Kebetulan saya melalui belakang sekolah menengah dimana saya pernah belajar dahulu. Memori jugala.

Sampai di rumah pesakit, rumahnya adalah tanah lot tepi. Sangat luas. Namun dihuni oleh seorang orang tua yang tidak boleh bangun menguruskan dirinya. Mujur masa saya sampai, anak lelakinya ada. Dan ikutkan xde pun berjanji. Anaknya ada pun sebab nak bawa emaknya itu ke pusat jagaan orang tua-tua. Dimanalah anak2nya yang lain. Khususnya anak-anak perempuan.

Anaknya itu sudah berkahwin , kelihatan di ruang tamu ada isteri dan dua anaknya sedang bermain. Hari pun nak senja jugala. Dalam pukul 6.30ptg saya tiba di rumah pesakit tersebut. Anak lelaki pesakit dalam lingkungan 30-40an lebih kurang sebaya saya sahaja.

Saya pun memasuki rumah tersebut. Kelihatan ada sebuah katil di ruang tamu, yang diatasnya terdapat makcik tua kondisi yang sangat lemah. Muka nya sangat cengkong, lemak pun dah xde. Nampak tulang saya tengok. Bibirpun dah kedalam. Gigi dah xde. Namun beliau boleh respon. Belakang pesakit telah luka dan melecet disebabkan lama berbaring. Kebetulan saya lihat makcik ini hampir sama dengan keadaan 7 kes nazak saya pada tahun lepas.

“Dia nie dah redha dah mahathir untuk pergi. Namun itula masih belum masa lagi.” Bisik cikgu saya tersebut.

“Ikutkan sudah 4 orang ustaz sebelum kamu dah datang cuba ikhtiarkan makcik ini. Namun masih belum rezeki.”

” Masa mereka datang pula, anak2nya tiada.”

” Mereka(ustaz) datang pun ditemani oleh jiran, atau adik pesakit.”

Jelas Cikgu panjang lebar kepada saya.

“Jadi ada atau tidak mereka buat proses membuang saka? “, Tanya saya.

“Mereka boleh buat, mungkin sebab xde waris yang sah, itu yang proses itu terbantut. So mereka buat jela ikhtiar yang termampu.” Jawab cikgu saya itu.

” Oh, ok saya dah jelas dah. Jika itu situasinya. ” Sambung saya lagi.

Alhamdulillah, dipermudahkan saya bertemu pesakit bersama dengan anaknya disisi. Lalu saya pun bertanyakan soalan biasa.

” Kalau pada mak, ada saka. Nak atau tidak saya buangkan? ” Tanya saya pada anak lelaki pesakit.

” Nak.” Sambil dia mengangguk perlahan-lahan.

” Makcik, kalau saya buang saka pada makcik. Boleh atau tidak ?” Tanya saya kepada makcik, pesakit saya tersebut.

” Nak.”

Satu kelebihan pada kes kali ini, pesakit masih waras, walaupun badannya dah tinggal tulang sahaja. Masih boleh respon apa yang ditanya dan diajukan. Oleh itu, kes ini boleh dikatakan sangat mudah. Dan lagi, pesakit pun dah redha dengan keadaan yang seterusnya yang bakal berlaku.

Selepas itu, saya pun menjalankan proses membuang saka seperti biasa. Ikrar pemutus dilafazkan, doa serta dakwah kepada jin di lunaskan. Segalanya berjalan lancar.

” Ada rasa apa-apa selepas proses buang saka tadi?” Tanya saya kepada pesakit.

” Makcik rasa macam ada sesuatu keluar dari badan.” Jawab Makcik.

Manakala anak lelaki pesakit, tidak menjawab hanya menggelengkan kepala sahaja.

So selesailah sudah urusan saya.

” Saya ni, datang khusus nak buang saka dan bukan mempercepatkan urusan kematian. Sesunngguhnya soal hidup atau matinya anak adam adalah urusan Allah semata-mata. Moga dipermudahkan segala urusan makcik.”

Ayat “Moga dipermudahkan segala urusan makcik” saya gunakan sangat bersesuaian dengan kondisi pesakit. Jika hidup lebih baik sembuhkanlah, jika mati itu lebih baik segerakanlah dan dipermudahkan.

Kadang-kadang kematian itu jalan yang terbaik untuk orang yang hidup.

Saya ada berbisik kepada cikgu, ” Saya jangkakan tidak lama lagi. Mungkin dalam tempoh dua minggu ini. Kalau nak minta maaf, atau ada urusan yang belum selesai. Masa inilah diselesaikan. Khususnya kepada anak-anak.” Tambah saya sebelum pulang.

Saya pun bergerak pulang. Dengan harapan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah.

Dalam 1 minggu lebih dalam pukul 11 malam, saya dapat panggilan dari cikgu saya. Saya masa tersebut nak tidur dah. Sebab esok nak kerja. Panggilan di buat pada waktu malam 13 mei 2023. Cikgu memaklumkan yang pesakit telah meninggal dunia. Dan telah dikebumikan malam itu juga.

Yang amat menyedihkan, beliau pergi tanpa ada anak-anak disisi beliau. Beliau ditemui tidak bernyawa pun oleh adik beliau di rumahnya.

Ikutkan hari saya merawat itu, pesakit akan dibawa ke rumah orang tua-tua. Dan ditinggalkan disana. Namun katanya, rumah tersebut tak nak terima dah makcik dalam kondisi macam ini. Jadi dia dibawa semula ke rumahnya dan tinggal bersendirian. Naudzubillah Min Dzalik.

Ada anak-anak arwah tidak sempat balik sebelum jenazah dikebumikan. Dan mereka pertikai kenapa tidak tunggu mereka balik. Kerap sangat saya dengar kisah macam ini. Wahai anak, kalaulah baca kisah ini. Kalau nak tengok emak, tengok emak masa dia masih hidup. Bukan masa mereka dah meninggal dunia. Pintu kemaafan pun dah tertutup dah. Sebab emak kamu dah tidak boleh respon kalau kamu minta maaf. Jadi apa guna lihat sebelum dikebumikan. Berdoalah supaya kamu tidak menerima nasib yang sama dengan Arwah.

“Ridha Allah tergantung pada ridha orangtua, dan murkanya Allah tergantung pada murkanya orangtua.” (HR. Al-Hakim).

“Sesungguhnya aroma surga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang durhaka kepada orangtuanya.” (HR. Thabrani)

“Setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah sekehendak-Nya sampai hari kiamat, kecuali dosa mendurhakai kedua orangtua. Sesungguhnya Allah akan menyegerakan (balasan) kepada pelakunya didalam hidupnya sebelum mati.”

“Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibu dan ayah dan (menyebabkan) mereka menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).” (HR Bukhari).

Itulah, emak yang seorang boleh je jaga anak-anak yang ramai. Namun anak-anak yang ramai, belum tentu boleh jaga emaknya yang seorang ini. Moga kita sama-sama jadikan kisah benar ini satu pengajaran. Berkhidmatlah dengan orang tua kita selagi mereka masih ada.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *