Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Mula-Mula Nak Buat Kiropraktik, Tapi Simptomnya Lebih kepada Gangguan Jin

Pada asalnya nak buat rawatan kiropraktik, tapi macam biasa saya akan diagnos dulu adakah sesuai rawatan kiropraktik dibuat. Inilah sangat penting setiap kali bermulanya temujanji untuk diagnos dulu sakit yang dihadapi.

Dia ada beritahu menyucuk2 pada bahagian tangan. Dan kaki. Disebab menyucuk2 itula dirasakan oleh beliau untuk buat kiropraktik.

Satu temujanji di adakan pada malam tadi. Beliau datang dari batang kali. Buat rawatan, tapi bukan rawatan kiropraktik. Saya cadangkan rawatan islam. Boleh je kalau nak buat duit saya buat juga kiropraktik. Tapi atas dasar amanah dan tanggung jawab saya cakap sakit menyucuk2 ini tiada dalam kamus kiropraktik yang saya praktikkan. Biasanya simptom ini lebih kepada gangguan jin dan rawatan islam adalah yang paling sesuai.

Jadi beliau bersetuju dan rawatan islam pun dijalankan. Saya check, lebih kepada Saka keturunan. Kesannya antaranya memburukkan hubungan suami isteri dan juga hubungan rakan sekerja di tempat kerja.

Alhamdulillah malamnya akak ini boleh tido dengan lenanya. Ikutkan dah beberapa minggu beliau tidak boleh tido dengan baik. Badan pun ringan.

Sakitnya rupanya dah lama. Dan dia dah xlarat nak berubat. Kebetulan jumpa saya utk kiropraktik. Saya pun rawat. Kerasukan berlaku. Dan sempat juga berdialog. Disebabkan ada temujanji lain selepas beliau. Xboleh nak layan sangat jin tersebut. Saya buat shortcut. Kes yang lama sangat nie kebiasaannya ada bersangkutan dengan gangguan saka. Kalau jin sihir, insyaAllah xdela susah sangat. Ramai perawat boleh bantu tolong selesaikan. Tapi saka ini agak remeh sikit. Dan kaedah tidak tetap. Perlu pandai ikut situasi dan keadaan sejarah keturunan pesakit.

Kalau keturunan sultan, lain. Kalau tok bomoh, lain dan kalau level2 pendekar pun lain. Xboleh guna satu step sahaja. Perlu variasikan kaedah.

Moga ada kesembuhan kepada pesakit. Aminnn

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *