Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Gelembong Air Bersilih Ganti Berpunca Dari Gangguan Jin Dampingan Amalan

Saya ada satu kes sangat unik. Rawatan saka telah dijalankan, bahkan rawatan gangguan jin luaran mahupun gangguan jin sihir pun sudah. Namun masalah yang dialami oleh pesakit masih tidak berkesudahan. Rujuk dengan hospital pun sudah. Selalu buat dressing. Bahkan ubat pun dah jugak makan. Tapi masalah masih belum selesai.

Sampai satu tahap saya nak datang ke rumah pesakit untuk menjalankan rawatan pemulihan di rumah. Biasanya kalau dah sampai ke rumah tue, saya dah sampai fasa terakhir lah untuk menjalan rawatan ataupun bantuan kepada pesakit. Kalau masalah tidak selesai jugak biasanya saya akan stop menjalankan rawatan dan mohon kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan di tempat lain.

Tapi yang membuatkan saya cukup2 terharu apabila pesakit ini tidak putus asa untuk mendapatkan rawatan dengan saya. Mungkin kami ada pertalian darah. Namun boleh sahaja beliau pergi kemana-mana perawat lain. Tapi tetap jugak pesakit ini mahu mendapatkan rawatan dengan saya.

Jika difikirkan jarak rumah kami, dekat sejam lebih jugak perjalanan. Beliau di keramat dan saya di kalumpang. Kalau kita tengok google map dekat 83km jugakla. Jauh jugak kan. itu sehala, kalau dua hala dekat 160km jugak. Kesungguhan pesakit ini membuatkan saya berusaha jugak untuk membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kebiasaan selalu saya akan buang saka, bunuh jin ataupun buang bisa.

Memang bisa akan hilang dan kaki beliau akan menjadi ringan. Tapi masalah gelembung/gelembong air ini tidak selesai. Ini yang semakin membingungkan saya. Semua ilmu didada telah saya pakai. Ikutkan pesakit ini bukanlah pesakit baharu. Tapi merupakan pesakit regular saya. Tapi saya dah selesaikan banyak kes lain sebelum ini. Kiranya segala sejarah, kisah hidup luar dalam telah saya ketahui.

Tapi rawatan yang terbaru, sebelum saya decide nak pergi rumah pesakit. Mula menunjukkan perubahan yang sangat jauh berbeza.

Ok, kalau kita lihat sakit yang dialami boleh dilihat pada gambar di bawah.

Nampak kan, ini adalah gambar real. Bukan dari Ai generated. hehe. Gelembung air ini hanya berlaku pada kaki kanan sahaja. Bukan seluruh badan. Dan pesakit akan membalut sentiasa kaki beliau dengan bandage.

Entah ke berapa kali saya buat rawatan untuk gelembung air ini. rasanya dekat 4-5 kali jugaklah. Dan saya cuba buat perkara yang tidak pernah saya buat selama ini.

Alhamdulillah rupa-rupanya dalam ada kawan pesakit cuba memberikan pendinding amalan tanpa pesakit setuju terima.

antara ayatnya

” Aku nak bagi satu amalan ini untuk pendinding diri. Engkau hendak atau tidak?” tanya rakannya.

” Nantilah dulu.” balas pesakit.

dan tiada pun ada susulan pertemuan atau pemberian selepas itu.

dan asbab cerita baru ini, saya pun membatalkan amalan tersebut dan mengembalikan jin dampingan kepada tuannya semula. Tiba-tiba badan pesakit bertambah ringan. Kalau tidak rasa berat je sebelum ini. Kalau sebelum-sebelum ini saya rawat, kaki sahaja yang ringan. Kali ini bukan sahaja kaki, malahan badan pun menjadi ringan.

Bilamana ada kesan semasa rawatan berlaku, disitu ada petanda yang baik untuk pesaki sembuh. Saya cakap, kalau tiada apa-apa perubahan, hujung minggu akan saya datang sana. Lebih kurang 1 minggu selepas rawatan.

Namun satu hari sebelum saya datang ke rumah pesakit. Saya dapat whatsapp dari anak pesakit yang mengatakan ada perubahan yang banyak. Sehinggakan tidak perlu pakai bandage dah. Fuh syukur sangat pada Allah. Mungkin itu hadiah bagi pesakit diatas kesungguhan dia datang berubat. Saya ini hanyalah wasilah atau alat kelangsungan jalan menuju kesembuhan itu. Boleh tengok screenshot wasap di bawah ini.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *