Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Lelaki Umur Baru 20an Sudah Ada Anxiety, Nak Bawa Motor Beli Burger Depan Rumah Pun Tidak Boleh

Dipejabat saya ada seorang pelajar yang membuat latihan praktikan atau latihan industri. Beliau mengambil jurusan mekanikal. Pada asalnya beliau bukanlah berada dibawah pemantauan saya, sebab jurusan yang diambil bukan jurusan ict. Tapi disebabkan penyelianya iaitu kawan saya agak sibuk menguruskan penyeleggaraan di sekolah dan pelajar ini tiada tempat untuk duduk di pejabat. Maka beliau ditempatkan di unit saya atau bilik saya.

Jika lihat rupa paras pelajar ini, tiada apa yang pelik pun. Normal. Namun disisi lain rupa-rupanya beliau ada sakit anxiety yang telah mendapat priskripsi daripada doktor. Kiranya dah makan ubat penenang. Beliau ada secara berjadual rawatan di hospital slim river, Pakar Psikitrik.

Antara masalah yang beliau hadapi adalah

  1. Beliau tidak boleh berhadapan dengan orang ramai.
  2. Tidak boleh bawa motor langsung.

Ok bercerita tentang motor, beliau akan shacking bila membawa motor. Nak beli burger depan rumah pun tidak boleh. Dahla xsilap saya ibunya yang juga seorang polis telah membelikan motor baru iaitu yamaha y16 kepada beliau. Saya pun xde motor tue. Dia umur 20an pun dah memilikinya. Tersimpan indah je dalam rumah. Xguna langsung.

Yang bawak motor ini, saya tidak boleh brain aka tidak masuk akal la. Sebab mustahil anak muda sepertinya ada masalah macam ini. Sayang sangat kalau tidak berkesudahan. Sedangkan dirinya adalah anak tunggal ibubapanya. Dan Bapanya pulak strok seluruh badan. Jadi dia adalah sangat menjadi harapan keluarga.

Jadi dia seakan-akan berada dibawah seliaan saya. Maka saya beri kpi pada nya. Saya nak sebelum habis Latihan industri ini, dia sudah bebas daripada anxiety.

Jadi bermulalah sesi rawatan saya secara sambil sambil. Sebab dia rajin membantu unit saya, saya sepenuh hati cuba ,membantunya. Macam biasa, saya buang saka padanya. Buang Jin dampingan. Jin amalan pulak saya check xde, yela, dia nie macam budak2 moden, belajar silat pun tidak. Lebih kepada seperti budak-budak biasa.

Selepas rawatan mistik saya buat padanya. Saya juga train dia berhadapan dengan orang ramai. Saya beri task sedikit demi sedikit untuk memberikan keyakinan padanya yang dia sudah pulih daripada anxiety. Rawatan pemulihan anxiety ini makan masa jugak la.

Alhamdulillah selesai je intern beliau banyak sangat perubahan. Saya tiada screenshot wasap, sebab banyak rawatan saya secara berdepan. Dan testimoni pun saya jumpa emaknya di kuala kubu bharu yang juga merupakan seorang anggota polis.

Sebulan selepas beliau abis intern, saya jumpa emaknya secara kebetulan. Bagaimana keadaannya anaknya, alhamdulillah. Anaknya telah boleh bukan sahaja bawak motor, sekarang dah boleh bawak kereta sehingga ke tanjung malim. Dan saya jumpa bekas intern saya ini, badan pun dah naik. Kalau dulu kurus sangat. Macam ambil barang. Tapi yela kesan daripada anxiety ini. Boleh kurus macam tue.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *