Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Urutan Gastrik Dapat melegakan sakit urat disebabkan gastrik

Urutan Gastrik Dapat melegakan sakit urat disebabkan gastrik. Alkisah malam tadi..selesai membantu pesakit saya yg mengalami sakit urat disebabkan gastrik. Badan beliau rasa bisa2 nyucuk2 pada bahagian badan sahaja ( pinggang ke leher). Angin dimana2.

Nk dijadikan cerita, pesakit saya nie dah pergi ke klinik kesihatan, klinik panel mahupun hospital untuk check sakit yang beliau alami. Paling kemuncak sakitnya pada bahagian dada. So takutkan kalau sakit jantung. Cuak jugak. Tapi kebanyakan feedback dari pengamal perubatan moden, mengesahkan jantung beliau normal. Darah normal. Cumanya gastrik jela.. So makan ubat , masih xjalan.. Sakit lagi..

So saya sarankan beliau utk urut bahagian yang sakit sahaja..fokus urut kali ini adalah utk buang angin pada badan.. dekat sejam lebihla..saya bergerak ke seluruh tulang rusuk..bahagian belakang mahupun depan.. tanpa menggunakan kaedah kiropraktik..

So saya akan urut dari sakit hingga xsakit dah.. setiap rusuk saya akan check semula..bezakan dari yg awal tadi dengan selepas diurut..mmg sangat berbeza..

Beliau ada juga ikhtiar dengan duit syiling..minta istrinya utk bantu urut tempat sakit.. Namun kesan pemulihan sangat sedikit.

Bagi urutan gastrik nie..xperlupun tangan yg kuat..sbb dengan tekanan yang sedikit..dah cukup buatkan pesakit tergeliat kesakitan..just kena layan perlahan2 jer..sampai ada kurang..

Misi saya bukan nak urut orang..tapi nak bantu selesaikan masalah orang..

Ada juga pesakit bertanya saya..mgkn sakit yang beliau alami berpunca daripada perbuatan khianat orang.. dan saya bagi respon, ” Kalau buatan orang, simptomnya bukan macam nie” . So saya rumuskan lebih kepada gastrik. Dan nasihatkan beliau untuk jaga pemakanan dan masa makan yang teratur. Itu jer ubatnya.

urutangastrik #urutgastrik #urutbadan #urutselangor #kualakububharu #bukitberuntung #bukitsentosa

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *