Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Sakit Selepas Pulang Dari Memancing Ikan

Sakit Selepas Pulang Dari Memancing Ikan – Pada 19 November yang lepas, saya menerima satu pesanan di whatsapp dari seorang ibu kepada anak lelaki yang mengalami sakit gastrik. Beliau mengalami sakit gastrik yang amat teruk sehinggakan badan tidak bermaya dan tidak ada selera untuk makan dan minum. Sakit yang beliau hadapi menjadikan malam-malamnya agak sukar untuk tidur. Mana taknya penuh satu badan dek kerana angin gastrik yang terhasil dari tidak makan atau tiada selera makan. Masa dan tarikh rawatan diatur.

Ibu dan anaknya datang pada malam itu juga. pesakit duduk di sofa dalam keadaan sangat lemah. Badannya yang kurus memiliki berat lebih kurang 45kg. Beliau kerap memegang perutnya. Dan saya memulakan pertanyaan.
” Sebelum sakit ini ada pergi mana-mana ke? ” Saya tanya.
” Ada pergi memancing.” Jawab budak ini

Pesakit ini berumur 14 tahun. Seorang lelaki. Dia datang berdua bersama ibunya dengan menaiki motor. Kebetulan kami duduk di taman yang sama.

Saya ada tanyala, dari mana ibunya dapat no saya. Rupanya dia pernah lihat saya berubat jiran depannya yang merupakan seorang perempuan 20an++. Ibunya ini juga ada menjual sabun pencuci pakaian. Dan saya selalula membeli sabun basuh baju dengan beliau. Dan dia juga mendapat tahu saya boleh mengubati sakit gastrik dari penjual nasi lemak di taman saya ini.

Sedikit selingan, mengenai gastrik. Penyakit anxiety juga boleh berpunca dari angin gastrik. Dan Anxiety juga boleh berpunca dari gangguan jin. Namun kedua2 anxiety ini memiliki perbezaan yang sangat ketara. Ada had limit masing-masing. Bukan semua keadaan anxiety berpunca dari gangguan jin dan bukan juga anxiety ini datang dari penyakit gastrik. Di Terapi Riski, saya dapat membezakan kedua-dua ini. InsyaAllah pesakit akan puas hati.

Dan kedua-dua sakit ini, saya ada kaedah untuk merawatnya. Kalau anxiety datang dari gastrik, rawatanya melalui kaedah urut saraf atau deep tisue massage. Manakala anxiety yang datang dari gangguan jin, saya akan menggunakan kaedah rawatan alternatif riski aka rawatan islam. InsyaAllah kedua-dua ada caranya.

Ok kembali kepada masalah pesakit saya ini, pesakit saya diagnos berkemungkinan selepas memancing di sungai tersebut dia mungkin di ganggu jin sungai. Makanya saya meminta jin tersebut pergi, jika degil, saya akan bunuh. So rawatan berjalan dengan baik. Dari sakit dada yang membuatkan makan tidak selera. Perubahan semakin baik ketika rawatan. Pesakit lepas dada selesa, beliau rasa panas-panas pada bahagian belakang badan.

Makanya saya memulihkan kepanasan itu sehingga suhu kembali normal. Dan semuanya lebih dari awal kedatangan pesakit ini di rumah saya. Pesakit pun pulang. Tapi ianya tidak berakhir disini. Ibu pesakit hubungi saya semula melalui whatsapp.

Sekarang pulak, sakit mata. Tidak boleh buka mata aka macam lebam kena tumbuk. Jadi rawatan susulan di jalankan pada malamnya. Check punya check, tanya beberapa soalan. Rupanya pesakit ini ada saka dari kecil. Maka rawatan buang saka dijalankan. Jin dihalau pergi. Dan kesudahannya mata dah tak sakit dah. Boleh lihat macam normal semula.

Sakit yang sebelum nie dah selesai.

Alhamdulillah ibunya respon soalan saya berkenaan anaknya yang sakit. Dah “OK” . makanya kes untuk anaknya ini dah ditutup. Tapi ada susulan lain, iaitu rawatan untuk bapa dia pula. Nanti kita sambung kesa bapaknya pula ye. Katanya pain killer injection dah 4 kali, 2 kali akupuntur dan 2 kali urut. Nantikan.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *