Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Baby 1 Bulan Meragam, Habis 1 Rumah Berjaga Malam

Ok kes follow up rawatan di sungai buaya tempoh hari. Kes ada berkisarkan masalah baby yang baru lahir berumur 1 bulan. Teruk jugak menangisnya. Dua minggu jugak dia menangis. Tiap2 hari. Letak je menangis. Sampai malam2 pun menangis. Sehinggakan satu rumah tak tido malam dek kerana baby menangis nie. Runsing emaknya malahan emaknya berpantang di rumah nenek baby tue.

Dengan nenek atuk baby tue kena sekali tempiasnya. Maklumlah dah pencen. Memang melayan cucu jela waktu anaknya berpantang nie.

So neneknya kawan kepada saya masa saya bertugas di rawang dulu. Baik orangnyer. Dia tergerak nak contact saya, ikutkan dah 4 ke 5 tahun jugakla tidak berhubung. No pun dah bertukar.

Kebetulan masa dia hubungi saya, saya berada di rumah ayah di ulu yam. Xdela jauh nak ke sungai buaya tue. So malam tue layankan jugakla.

Kalau tak memang sangat jarang ke rumah pesakit, melainkan ada keperluannya. So temujanji di tetapkan pada malam tue. Saya bertolak selepas magrib.

Sampai ke rumah kawan saya tu, dalam pukul 8.15mlm. Dan masa sampai, saya lihat baby dipangku oleh emaknya. Di hayun ke kiri ke kanan. Nak elakkan baby tue menangis. Saya buatla siasatan sikit.

Baby ini merupakan anak kedua. Anak pertama dulu dekat 2 tahun jugak meragam, sama je dengan kes anak kedua nie. So macam kes meragam yg samala. Cuma anak yang lain.

Menangis dia akan pandang ke atas dan dalam keadaan menutup mata. Ibunya duduk di atas tilam di ruang tamu rumah.

Saya tanya hal2 lain. Xdela yg macam ada kaitan dengan gguan jin, samada pada emaknya, neneknya malahan atuknya.

So saya teruskanla buat rawatan.

Saya menjangkakan kemungkinan ada kaitan dengan saka. Sebab banyak kes sebelum ini baby menangis ada kaitan dengan saka.

So saya pun buat pemutusan saka. Dan beberap kaedah lain yg difikirkan perlu.

Selepas rawatan diberikan, saya suruh ibunya yang ketika itu mengendong bayi supaya meletakkan babynya itu ke atas tilam.

Saya cakap ” jenuhla kalau nak asyik dokong jer. Cuba letak baby tue kat atas tilam.”

So ibunya pun letakla baby tu ke atas tilam. Alhamdulillah, baby itu takde meragam pun.

Saya tanya lagi ” Selalunya berapa lama baby akan menangis teruk.”

Ibunya jawab ” Tak sampai 5 minit dah menangis teruk dah.”

” Ok kita tunggu 5 minit.” Balas saya.

Cara atau kaedah saya ini adalah untuk memastikan baby itu benar2 terbukti ada perubahan depan saya. Bukan saya dah merawat terus balik. Sebab apa kalau saya dah balik, tiba-tiba baby itu melalak balik. Kan payah nak datang balik. Kos lagi. So biar kita cuba buat pengujian lagi kepada baby itu. Untuk pastikan gangguan itu benar-benar selesai dan yang paling penting baby itu dah tidak lagi menangis teruk lagi.

Selepas 20minit, baby itu xde pun melalak macam selalu. Dan menjelang 30-35 minit. Dia mula tidak selesa dan merengek mungkin kehausan. Menangis pun tak macam selalu. Takdela teruk menangis nya seperti sebelum saya datang dan disahkan oleh ibunya sendiri. Dan setelah diberikan susu, Baby itu laju jer minum susu ibu. Takde pun melalak atau meragam. Kalau tak, bagi susu pun xnak diminumnya.

Dipendekkan cerita, masa tue jugak Alhamdulillah ada kesan pada baby tue. Lama jugak saya tggu sehingga pukul 9.15mlm. Dan syukur kepada Allah baby diletakkan dibawah, menangis teruk xde. Dan tidak meragam. Dan selepas dua hari saya pum tanya feedback dari customer. Boleh lihat gambar di bawah.

So selepas segala kembali kepada normal, saya pun pulang. moga anak ini tidak meragam lagi selepas ini. Alhamdulillah.

terapiriski #rawatanislam #pemulihanrumah #babymeragam

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *