Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Gangguan Jin Dampingan Keris Kepunyaan Orang Lain

Ingat lagi cerita saya selesaikan kes dampingan harimau yang menggunakan jilatan sebagai tanda untuk menjadi dampingan kepada manusia. Kes itu telah pun selesai. Namun dalam 1 minggu, waris pesakit menghubungi saya semula. Mengatakan badan pesakit sakit semula. Saya pun menjangkakan mungkin harimau tersebut yang pergi degil dan kembali semula. Saya dah asah dah parang untuk kasi mati jer. Itu kalau datang lagila.

Namun saya bersangka baik. Dan kebetulan, saya ketika dihubungi agak sibuk dengan jadual rawatan. Makanya tidak jadila rawatan dijalankan. Hari2 selepas itu pun saya tidak lagi dihubungi oleh waris pesakit. Kemungkinan besar pesakit mendapatkan perawat lain. Saya pun xde masalah. Sebab selain saya pasti ramai lagi yang boleh merawat pesakit diluar sana. Bukan saya sorang sahaja yang aktif dalam bidang rawatan islam ini. Banyak lagi pesakit bebas nak mencuba dengan sesape sekalipun. Namun utamakan perawat yang diyakini berubat dengan kaedah yang dibenarkan syarak. Kalau was2 elok dijauhi.

Namun seminggu kemudian, waris pesakit tiba2 hubungi saya semula. Mahu setkan pertemuan saya dengan ayahnya. Kebetulan jadual saya kosong, so sesi pertemuan pun diatur.

Bertemula saya dengan pesakit, ayah kepada waris.

Saya bertanyakan. “haa pakcik, selepas rawatan hari itu, ada perubahan x?”

“Ada. Tapi tahan 3 hari jer.”

“ok, ada nampak lagi x harimau macam sebelum ini. Harimau belang hari tue? ” saya tanya lagi.

“Jumpa harimau, tapi bukan harimau hari tu, harimau kumbang.” jawab pakcik.

“Aik bukan harimau hari tue ke?”

” Bukan, harimau yang hari tue dah xde dah. Ini tiba2 plak datang harimau kumbang, xtahu dari mana datang?” jelas pakcik.

“Hari tue kan anak pakcik kata ada keris nak bawa ke rumah saya, ada bawak x, biar saya check ada kaitan atau tidak dengan harimau kumbang ni.”

“ada bawak, ada dalam kereta”. Respon pedakit sambil memberi isyarat kepada anaknya supaya ambil keris tersebut.

Bergegas keluar anak pakcik mengambil barang didalam kereta. Kelihatan sebuah bungkusan plastik dibawa masuk kerumah saya. Didalam plastik itu terdapat kain putih membalut keris.

” Keris ini sapa punya?”.

“Anak saya yang punya, cuma simpan didalam rumah. Kata anak saya, dia dapat keris ini dari seorang kawannya dari sabah.”

“oh kalau macam itu, kena tanya empunya keris, boleh atau tidak saya kosong atau pulih atau putuskan jin yang berada dalam keris ini. Jika ada. ” sambung saya sambil membuka ikatan keris untuk check ada atau tidak jin yang mendiami keris tersebut.

Biasanya, jika ada jin pada keris. Kita boleh kesan dengan sentuhan tangan. Jika tanya saya, tidak perlu hijab terbuka untuk merasa jin dalam sesuatu barang. Kita boleh rasa dengan membandingkan keris tadi dengan besi yang lain. Jika kita sentuh besi yang kosong, kita akan rasa frekuensi sejuk yang sekata. Macam kita rasa sejuk nye besi. Namun jika ada isi, akan juga rasa sejuk namun hujungnya boleh jadi menyucuk2, kadang2 rasa bisa2 kadang2 rasa pasir, kadang2 rasa sakit. Setiap jenis jin membawa rasa sentuhan yang sangat berbeza2, cumanya kita kadang2 tidak perasan perubahan tersebut. Disini kalau anda seorang perawat. Ianya perlu masa untuk faham. Dan perlu dengan latihan dan menempuh real kes. Baru mudah faham. Kalau teori semata-mata, sampai bila2 lah tidak akan faham.

Ilmu merasa ini jika dulu, saya rasa hanya guru saya sahaja yang boleh merasa. Kiranya macam misi mustahil jugakla. Tapi bila dah aktif berubat sekarang. Barulah saya mengalami sendiri. Tidak susah mana pun. Dan guru saya dulu pernah beritahu, namun saya belum sampai tahap itu lagi. Ianya bagaikan angin yang berlalu pergi. Tidak singgah mana-mana pun. Kekal kosong pada saya.

Berbalik pada kisah keris ini. Setelah selesai owner asal iaitu anak pesakit. Anaknya sudah memberi keizinan untuk membuang, membatal dan memutuskan sebarang dampingan pada senjata tersebut. Maka saya pun teruskan rawatan untuk memisahkan jin tersebut pada keris itu. Proses itu tak lama pun dalam 5 minit sahaja. Selesai proses tersebut, pesakit kembali segar dan badan ringan. Alhamdulillah.

Gambar diatas adalah gambar diambil dari google. Gambar asal tidak sempat nak snap. Maklumlah kerja sorang-sorang.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *