Alkisah harimau belaan yang diterima dari dalam mimpi. Harimau ini presis harimau yang sinonim dengan harimau malaya. Berwarna kuning berbelang hitam. Kaedah harimau belaan ini diperturunkan kepada waris baharu adalah melalui jilatan pada seluruh badan. Dan ianya berlaku melalui dalam mimpi. Pakcik itu bercerita kepada saya. Beliau bermimpi selepas kematian arwah bapanya, harimau ini datang dan menjilat seluruh badannya. Selepas selesai jilatan itu, terus beliau terjaga dari tidur.
Pakcik juga bercerita kepada saya, harimau ini akan menjaga keselamatan tuannya(pakcik), sekiranya tuannya berjalan, harimau itu yang akan berjalan dihadapan. Menangkis segala bahaya. Jika tuannya sakit, harimau ini akan sampaikan berita kepada sedara terdekat hal sakit yg dialami tuannya. Sebagai contoh, pakcik ini pernah sakit demam panas yang sangat teruk, dan beliau ada anak yang tinggal di kepulauan borneo. Anaknya bermimpi mendapat alamat daripada harimau tersebut yang memberitahu bapanya sedang sakit di kampung. Lalu anaknya terus telefon ayahnya. dan pakcik terkejut macam mane anaknya boleh tahu.
Harimau ini saiznya tinggi 2 kaki setengah, dan lebar nya lebih kurang 3-4 kaki. Jarak antara tuannya sekitar 10 meter. Usia harimau tidak tua, kalau di samakan usia manusia lebih kurang lewat 40an.
Proses pembuangan harimau belaan ini bermula dengan persetujuan verbal dari pemilik harimau. Wajib diperolehi bagi memutuskan pertalian antara pemilik dan harimau belaan tersebut. Kemudian pemutusan perjanjian berlaku serta pembersihan zat jilatan harimau pada badan pemilik. Proses ini berlaku lebih kurang 15 minit. Selepas itu proses dakwah dan amaran dijalankan kepada harimau tersebut. Harimau dengan rela hati pergi berpisah dari tuannya.
Alhamdulillah selepas selesai, pesakit merasakan badan semakin ringan dan cergas.
Jika ingat inilah kes yang saya handle di felda besaut 5. Jarak dari slim river sahaja dekat 30km. Dan stesen minyak yang terdekat pun hanya di slim river. Kalau lihat di map waze, felda besaut 5 ini terletak bersebelahan dengan felda kg soeharto gakla. Kenapalah xde jalan dari felda soeharto. Dekat sikit. Hehe.
Apepun suatu pengalaman baru berhadapan dengan harimau belaan ini. Moga bermanfaat.