Pesakit lelaki ini mengalami penyakit kukit yang amat teruk. Bukan sahaja di bahagian kaki. Namun hampir ke seluruh badan. Sehingga mana jika pesakit ini nak duduk di sofa rumah saya, beliau membawa sekali kain sebagai lapik. Beliau risau air nanah yg keluar dari kudis terkena pada sofa saya.
Tidak silap saya, yang membawa pesakit ini ke rumah saya adalah mak mertua beliau. Rawatan pertama dengannya saya terima dekat pukul 12 malam jugalah. Saya kesian dengan kondisi penyakit dan badan beliau yang mendapat sakit kulit yg amat teruk. Ia

Saya kata kalau nak kul 12 malam la. Saya sedia membantu.
Pesakit ini telah mendapat rawatan dengan perawat lain. Namun rezeki kesembuhan belum tiba.
Saya pun ketika melihat kondisi badan, muka dan kaki agak teruk. Saya pun memutuskan untuk menerima kes ini ketika lewat malam. Dalam pukul 12.15 malam tidak silap saya mereka sampai.
Antara simptom selain dari sakit kudis bernanah. Pesakit juga merasa bisa2 pada hujung kedua-dua jari tangan dan kaki.
Hari pertama rawatan, saya dapati mungkin terdapat gangguan jin pada nya. Dan saya cuba memusnahkan jin tersebut dan memusnahkan serta membuang bisa pada tangan dan kaki.
Selesai membuang bisa, pesakit merasa bisa semakin kurang. Anggaran dalam 10% sahaja. Jadi saya cuba menjadikan bisa tiada. Alhamdulillah, pada rawatan kali pertama, bisa telah tiada. So saya selesai rawatan lebih kurang jam 12.40 malam.
Sebelum pulang, saya berpesan supaya sentiasa kemaskini perkembangan terkini dengan saya. Samada ok atau tidak.
Rawatan telah berjalan selama 2-3 kali jugala.
Rawatan kali kedua, telah menampakkan kulit kering pada hujung kaki dan tangan.
Dan rawatan yang terakhir atau penamat, saya beberapa kali menyemak samada masih terdapat gangguan atau tidak. Berkali-kali juga. Namun saya berpendapat gangguan jin telah tiada. Dan bisa2 mungkin jugak telah tiada.
Dan saya tiada pengalaman berhadapan kudis bernanah yang begitu teruk ini. Saya cadangkan cuba rujuk dengan hospital pakar kulit. Mungkin mereka boleh membantu dalam mempercepatkan pemulihan kulit ini.
Esok nya mereka pergi hospital.Ketika sampai di hospital, rupa-rupanya kulit yg berkudis bernanah telah mula kering. Dan ianya sebelum mendapatkan rawatan dengan doktor.
Dan seminggu kemudian, pesakit dah mula bekerja semula. Kulit mula licin dan semakin cantik. Alhamdulillah.
