Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Penyakit Anxiety disebabkan gangguan saka

Pesakit ini terjumpa posting saya di facebook berkenaan anxiety. Jika anda pernah lihat posting dibawah ini.

Di FB saya kerap jugalah saya posting berkaitan anxiety dan pesakit ini hubungi saya disebabkan beliau juga ada masalah anxiety. Dan juga sudah berubat namun tidak berkesudahan. Ini antara simptom-simptomnya.

  1. Sudah makan ubat penenang
  2. Doktor kata ada delusion disorder
  3. Rasa semua yang berada di media sosial ditujukan kepada dirinya.

Beliau tanya saya sekiranya ada membuat rawatan berkaitan anxiety. Disini saya nak menjelaskan, saya adalah perawat yang aktif merawat kes penyakit yang ada penglibatan/gangguan jin. Dan ada gangguan jin yang mengakibatkan anxiety, kemurungan, depression dan penyakit jiwa yang sewaktu dengannya. Oleh itu jika nak memanjangkan ikhtiar, boleh datang jumpa saya.

Saya akan siasat dahulu atau nama lain, diagnos dahulu. Jika ada kaitan dengan jin, gangguan jin, gangguan saka dan sebagainya, saya akan bagitahu dan akan suggest rawatan yang bersesuaian.

Jadi untuk kes pesakit ini saya jalankan rawatan buang saka, pemutusan sahabat, dakwah serta ugutan pada jin yang menganggu. Dan hasilnya adalah seperti dibawah ini.

Alhamdulillah anxiety sudah tiada.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *