Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Merawat Pelajar – Kerap Waktu Rehat Balik Sebab Sakit Perut

Kisah ini sangat menarik dimana ianya berlaku semasa saya menjalani latihan praktikum di sekolah. Pada bulan 9 tahun 2025, merupakan bulan ke dua saya menjalani latihan praktikum, saya mula rapat dengan pelajar yang saya ajar. Pelajar ini merupakan pelajar tingkatan 2. Seorang lelaki dan berada dalam kelas pertama didalam tingkatan. Beliau agak pendiam, baik orangnya.

Ketika ada masa kosong, saya saja berborak dengan pelajar didalam kelas ini. Saya tanyalah, ada ke dalam kelas ini yang ada anxiety.  Adala pelajar perempuan maklumkan pada saya pelajar lelaki ini ada anxiety dan selalu sakit perut. 

Pelajar ini mengalami masalah sakit perut yang sangat unik. Beliau kerap balik pada waktu rehat disebabkan sakit perut yang dihadapi. 

Disebabkan pelajar ini berada pada kelas yang pertama dan dikategorikan pandai. Tidak logik alasan sakit perut untuk beliau ponteng sekolah. Pastinya jika balik pada waktu rehat akan melibatkan penglibatan ibubapa atau penjaga beliau untuk ambil disekolah. 

Dan jika beliau nak ponteng sekolah seawal 7.30pagi lagi boleh dah ponteng atau langsung tak datang sekolah. Itu analisis saya berdasarkan masalah pelajar ini.

Masa pelajar ini datang, saya ada berjumpa dengannya. Tanya simptom sakit yang beliau alami. Dia akan sakit perut kadangkala sampai muntah. Dan membuatkan dia lemah selepas itu. Kadang2 makan ubat pun takde kesan. 

Saya tanya ada nampak kelibat. Dia kata biasa benda itu berlaku walaupun ketika sedang bermain game. Kelibat tetap kelihatan. Tapi hanya beliau je yang nampak kelibat itu. 

Selepas dia ceritakan pada saya perihal itu, saya pun cakap. Kalau nak bantuan saya, saya boleh bantu. Namun kena dapat persetujuan bapa diala. Masa saya offer bantuan tu, dia takde sakit sangat. Jadi, tiada keperluan untuk dia dirawat.

Kemungkinan besar beliau memiliki dampingan atau kawan atau saka keturunan. Makanya rawatan gangguan ini haruslah berfokus ke arah ini. Dalam keadaan tiada keperluan rawatan dilakukan, saya tunggu sahaja respon pesakit atau waris pesakit untuk bertindak dahulu.

Sedikit perkongsian, sebagai perawat profesional kita bukanlah seperti perigi mencari timba. Namun kita tawarkan rawatan atau perkhidmatan pada mereka yang mahu. Kadang-kadang, sedara rapat saya tahu saya berubat pun dari orang luar. Sehinggakan ada cakap pada saya “ aik Mahathir, aku tak tahu pun engkau boleh mengubat?”.

Nak rawat, bak datang. Hubungi saya. Minta bantuan. InsyaAllah saya sudi membantu.

Masa pun terus berlalu. Saya pun disibukkan dengan urusan pengajaran disekolah. Ada satu hari, saya melalui depan pejabat dan melihat pelajar sedang duduk kesakitan. Biasanya jarang pelajar akan duduk kerusi itu, melainkan pelajar memohon untuk pulang awal atas sebab tertentu atau kesihatan.

Saya pun bertanya padanya.”Nape kami duduk sini?”

“Saya nak balik cikgu, tunggu mak saya datang?”

“Aik kenapa, sakit ke?” tanya saya.

“Sakit perut cikgu.” Jelas pelajar itu. 

“Kamu tak makan ke pagi tadi, ada gastrik ke?”

“Xtahula cikgu. Memang selalu sakit macam ini.” 

Kebetulan ada bersamanya adalah guru yang bertugas pada minggu itu. Setiap minggu, akan ada 5 orang guru yang berlainan ditugaskan menjalankan tugas-tugas khas. Dan guru ini juga adalah pengerusi kelab guru di sekolah tersebut. 

“Kamu NIE Nuri(bukan nama sebenar), tadi kelas saya, saya tengok kamu NIE elok je. Kamu NIE kerap sakit perut. Rugilah kalau balik masa rehat ni. Xboleh tunggu ke sehingga balik.”

Pelajar ini hanya menggeleng kesakitan. Saya lihat sakit nampaknya. Yela budak pandai, jarang sangat nak mengelat masa rehat macam NIE.

“Okla saya akan bantu kamu. Boleh tak saya nak tolong kamu NIE.” Saya cuba menghulurkan bantuan kepadanya.

Pelajar ini mengangguk lemah. Jelas diwajahnya gerut tanda kesakitan. Dijelaskan lagi, tangannya memegang perut sentiasa.

Kebetulan satu kelas dah tahu saya boleh mengubat disebabkan mereka stalk TikTok saya.

Saya pun memulakan rawatan di kaki lima hadapan pejabat itu. Saya menggunakan kaedah yang seringkas-ringkasnya. Disebabkan berada dikawasan laluan orang berjalan kaki. Mana taknya ada guru lalu dan murid-murid lalu.

Saya pun tanya, “Kalau ada saka atau dampingan nak x, dampingan itu?” Pelajar itu menggelengkan kepala. Ok cukup sahaja untuk rawatan ringkas ini.

Saya pun memulakan pemutusan saka dan dampingan, Ayat dimulai dengan kalimah “Taawuz” bacaan yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.

“Ya Allah bantulah aku.” 

Proses rawatan berlangsung dalam 5 minit. Pelajar dan Rakan Guru, bersilih ganti lalu di kawasan kami berada. Jika pelajar, memang tidak perasan sangatla. Namun lain pula rakan-rakan guru lain, memandang kehairan, kenapa saya bersama dengan pelajar dikawasan tersebut. Saya senyum jela sambil meneruskan rawatan yang telah berjalan. Yela, guru praktikum bersama pelajar dihadapan pejabat bukanlah perkara yang normal.

Posisi saya berdiri dan pelajar itu duduk. Saya menyentuh belakang leher pelajar ini. Putuskan semua ikatan yang ada. Sehinggalah selesai.

“Ok sekarang perut rasa macam mane?” saya ingin mendapatkan maklumbalas dari pelajar tersebut.

“Ada kurang.”  Alhamdulillah. Mula berhasil rawatan yang saya lakukan.  

“ Ok sat, sikit lagi saya adjust.”

Saya teruskan rawatan, dan pulihkan apa yang perlu. Halau apa yang tidak perlu.

“ Sekarang macam mane keadaan perut tue?” Tanya saya lagi.

“ Sekarang dah tak sakit.” Jawabnya.

“ Sebelum ini pernah tak dia tak sakit macam nie masa kamu nak balik rumah masa rehat nie. Sebelum-sebelum ini.” Saya melanjutkan pertanyaan seterusnya.

“ Tak pernah, ini kali pertama macam ini.” Respon beliau.

“ Alhamdulillah jika begitu dah selesai rawatan ringkas untuk hari ini, kalau parent kamu nak sambung rawatan boleh hubungi cikgu ye. Esok update dengan cikgu bagaimana keadaan semasa kamu. “ Saya menutup perbualan dan terus beredar disebabkan ada kelas yang perlu saya masuki.

Selepas habis kelas, saya melihat semula hadapan pejabat tadi. Kelihatan, pelajar itu telah tiada. Mungkin telah pulang ke rumah dijemput oleh ibubapanya.

Keesokan harinya, saya ada kelas dengan kelas pelajar ini. Lalu saya bertanyakan status terkini masalah yang dihadapinya. Katanya, semua semakin jauh berbeza dari sebelum ini. Sakit perutnya tidak lagi dirasakan. Kelibat tidak lagi kelihatan. Malam tidur pun lena. Selepas itu, saya tidak kedengaran lagi pelajar ini pulang awal ketika rehat.

Kes ditutup.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *