Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa tajuk ini “Saya Tak Nak Mati Disebabkan Buang Saka” digunakan bagi post kali ini. Kisahnya begini, kebetulan pada awal hari raya 2023, hari raya ke 5, saya telah pulang semula ke rumah kediaman saya di kalumpang, hulu selangor. Dan saya semasa didalam perjalanan mendapat panggilan telefon dari jiran saya. Beliau mengadu, rakannya sakit teruk tidak boleh bangun2.
Dan saya pun pergi berikhtiar untuk merawat rakannya tersebut sejurus tiba di rumah saya. Rawatan yang saya berikan adalah rawatan islam dan urutan saraf sebab saya dapati badannya penuh dengan angin disebabkan tiada selera untuk makan. Makanya urutan gastrik saya jalankan kepada pesakit tersebut. Agak kesakitan jugalah badan pesakit saya itu, namun itu sahaja cara yang sesuai untuk menangani masalah angin jahat gastrik.
Selepas rawatan selesai, saya pun dijemput oleh isterinya, untuk menjamu selera. Al-maklumlah ketika itu masih bulan syawal. Maka saya pun menerima pelawaan tersebut.
Akak(Isteri pesakit saya) ini juga pernah mendapatkan rawatan buang saka dari saya. Dan ketika berbual-bual dengannya. Dia ada menceritakan rakannya selalu sakit-sakit. Katanya terdapat 7 jenis ketumbuhan(canser) pada badan. Dan ada juga simptom-simptom gangguan pada rakannya itu. Gangguan saka pun ada.
Ada dia memberitahu pada rakannya itu.
” Mahathir kan boleh buang saka, pergilah kat dia. Biar dia buang saka-saka ko tu.” Saranan akak patient saya ini kepada rakannya itu. Namun respon yang diberi sangat memeranjatkan.
” Engkau tahu x, aku kalau saka ini dibuang, pasti aku akan mati. Habis tu, siapa yang nak jaga anak-anak aku 5 orang. Tinggal aku sorang sahaja yang boleh sara mereka itu. Dahlah aku banyak sakit fizikal.”
Begitulah jawab rakannya, dengan wajah yang sungul.
Bilamana akak pesakit ini cerita, saya pun kelu juga nak beri pandangan. Yela, ajal maut ditangan tuhan. Dalam konteks rakannya itu, dengan kefahaman agama yang sedikit. Begitulah duduk faham situasi semasa yang tindakan sebegitu dia rasa sangat wajar.
Macam saya, sebagai seorang perawat, hakikatnya ajal maut ditangan tuhan. Saya boleh cakap, akidah yang benar adalah keyakinan kita , Allah sahaja yang mampu mengambil kembali nyawa kita. Tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana, waima sakit sekalipun. Hanya Allah semata. Kalau ilmu akidah sudah lama ditinggalkan, sukar untuk menyakini hal tersebut.
Difikiran orang awam, sakit akan membawa kepada kematian. Buang Saka mungkin akan menyebabkan nyawa semakin singkat. Kalau tidak makan, kita akan lapar. Kalau kita kerja, akan dapat duit.
Akidah Ahli Sunnah Waljamaah,
” Usaha itu penting, namun segalanya telah ditakdirkan oleh Allah(Qada’ & Qadar)” . Oleh itu, perbetul dulu akidah. Jika kita mampu menahan segala ujian dari Allah dan kita bersabar. Tidak timbul soalan perlu buang saka atau tidak. Sebab buang saka ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk kembali sihat. Wallahua’lam