Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Sudah Urut 3 Jam, Namun Badan Masih Sakit

Badan Sakit Sebab Gangguan Jin. Kes malam tadi. Pesakit yang telah saya urut datang semula. Kali ini kesakitan yang dialami bukanlah sakit yang saya rawat dan urut sebelum ini.

Jadi temujanji diadakan pada malam tadi.

Bilamana sampai dan duduk di ruang tamu rumah saya. Dan diagnosis di jalan. Yang peliknya dia xsakit pun pada bahagian luar peha ke dua2 belah kaki. Sedangkan masa wasap n temujanji di tempah, beliau kesakitan sangat.

Saya tanya dia

“ada sakit x macam sebelum saya urut tempoh hari? “

“xde, hari tue sakit belah dalam. Dan masa tekan baru sakit. Ini x, xtekan pun sakit dan tegang”. Jawabnya.

Saya pun beranggapan mungkin ini adalah simptom lain yg tidak sama seperti rawatan kali pertama tempoh hari.

Dan jika sakit fizikal, dia xboleh jadi macam chips more. Kejap ada kejap xde. Kalau sakit fizikal sakit itu kekal ada xkira apa keadaan. Atau hanya trigger semasa pergerakan sendi. Bergerak sikit sakit, bergerak lagi sakit. Itu mungkin fizikal. Dia tidak boleh, gerak sakit. Gerak lagi xsakit, gerak lagi sakit sikit. Gerak lagi macam xde pape berlaku. Ini pelik sangat.

So saya menjangkakan mungkin ada penglibatan gangguan jin disini.

Seterusnya saya di beritahu oleh pesakit saya, yang isterinya baru lepas urut dekat 3 jam, semalam. Namun angin pada badannya langsung tidak kurang. Saya minta dia tekan beberapa point pada tangan dan badan. Katanya sakit sangat.

Dan sepatutnya selepas urut 3 jam, sakit angin tue akan jadi sangat kurang. Ke arah tidak sakit langsung. Ini pun menjadi kepelikan pada saya.

So saya buat jela rawatan gangguan jin. Macam biasa benda pertama saya akan buat buang saka. Saya tanyakan pada mereka pernah buat ke buang saka.

Mereka jawab, rawatan ruqyah pernah buat. Tapi ustaz tue xde plak cakap buang saka. Just baca ruqyah jer.

So saya terangkanlah pada mereka kaedah daya bagaimana. Dan kebetulan mereka ada cikgu pendidikan islam. Lagi mudahlah kerja saya. Xperlu jelaskan panjang2.

Selepas itu, rawatan buang saka pun berjalan. Ayat pemutus saka di baca.

Usai bacaan pemutus saka dibaca, isteri pesakit rasa nak terbelahak. Macam nak muntah. Macam ada benda nak keluar. Tapi xmuntah pun.

So saya setting ngan benda tue kalau nak keluar, jangan keluar ikut mulut. Tapi keluar ikut tangan kanan.

Selepas itu, tangan kanan isteri pedakit rasa kebas dan ada rasa sensasi sesuatu keluar dari tangan. Dan masa yang dama juga rasa nak muntah dah tiada. Situasi ini berlaku dalam masa lebih kurang 10 minit.

Dan saya juga membatalkan segala jenis jin dampingan samada datang dari mane2 perawat pada mereka berdua.

Akhir rawatan, badan isteri pesakit dah semakin ringan. Dan saya suruh dia tekan bahagian yang sangat sakit tadi. Dan Alhamdulillah tempat yang ditekan dah tidak sakit. Dan pesakit dah tidak sakit pada mana2 bahagian badan.

Tunggu feedback dari pesakit akan datang. Stay tune.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *