Tangkal / Wafak
Saya menerima kedatangan pesakit yang mengalami sakit-sakit pada badan dan mata kemerah-merahan. Nadi sangat laju. Dan badan menjadi penat.
Pesakit ini sudah datang kepada saya beberapa kali. Perubahan ada namun tidak secara total. Lalu saya cuba merungkai satu-persatu permasalahan yang dihadapinya.
Bukan semua diizinkan untuk selesai dalam rawatan kali pertama sahaja. Ada yang berkali-kali jugak datang. Dan ada juga yang tidak selesai. Bilamana rawatan tiada langsung perubahan setelah dirawat 3 kali. Saya akan melepaskan pesakit itu untuk mencuba kaedah rawatan lain selain dari mendapatkan rawatan dengan saya sahaja.
Mungkin kesembuhan bukan melalui saya.
Jadi berbalik kepada kes ini. Pesakit ini datang buat kali ke 3 lebih kurang. Saya berpesan, sekiranya terdapat sebarang pemberian dari perawat sebelum ini. Ataupun ada simpan barang-barang lama. Silalah bawa kepada saya untuk saya periksa samada ada kaitan dengan sakit yang dialami.
Kadang-kadang ada sakit yang disebabkan oleh amalan-amalan dan keilmuan batil yang mana amalan-amalan tersebut terdapat dampingan jin pada mereka. Oleh itu, pesakit perlu jujur dan ingat Kembali sekiranya terdapat amalan, barang, menuntut ilmu sebegitu rupa la. Moga-moga dapat diselesaikan dan diputuskan amalan tersebut. InsyaAllah, jika sakit itu berpunca dari amalan-amalan tersebut. Pesakit akan rasa sendiri perbezaannya.
Lalu, pesakit saya kali ini dia bawa kain kuning yang dijahit dan didalamnya terdapat ayat-ayat quran yang digabung dan ditulis diatas kertas.

Biasanya kita panggil ianya sebagai wafak ataupun tangkal. Tangkal ini diterima dari perawat yang cuba membantu pesakit ini lama dahulu. Berkaitan kereta hilang. Mungkin tujuan tangkal itu adalah untuk mendapatkan kereta itu Kembali.
Pesakit ini berikan kepada saya. Kebetulan, Bersama-sama pesakit datang sekali isteri dan anak lelaki beliau yang berumur 23 tahun.
Saya pun melihat dan mendekati tangkal tersebut. Lalu saya pun memegang tangkal itu tiba-tiba, anak lelaki beliau tumbang. Kaki dia macam berat dan jem. Hairan jugak saya.
Sepatutnya yang tumbang saya. Ini anak dia pulak yang tumbang. Sakit pada kaki itu merupakan sakit yang biasa yang dah lama dihadapi oleh anak lelaki beliau.
Saya tidak membuang masa terus bertanyakan samada nak tak saya putuskan pertalian jin dan tangkal ini sekiranya ada.
Pesakit memberi keizinan tersebut. Dan terus saya memulakan proses pemulihan dan pemutusan amalan.

Setelah selesai, saya pun cuba membantu anak lelaki beliau. Saya keluarkan benda yang memberati kaki anak pesakit tersebut. Kalau dilihat keadaan pesakit, beliau sangat risau.
Selain sakit kaki, jantung anak lelaki dia pun sangat berat. Sesak nafas. Pesakit dan isteri sangat sayu dan sedih melihat perakara itu berlaku. Berkat pertololongan Allah, masalah ini dapat diselesaikan. Anak lelaki beliau Kembali normal. Dan bernafas macam biasa semula.
Suasana panik Kembali bertukar lega. Saya pun lega jugak. Risau kalau berlaku perkara yang tidak diingini.
Selesai rawatan, saya pun membakar kertas-kertas dan kain kuning tersebut. Moga diharap takde lagi lah orang diluar sana, percaya dengan perkara-perkara khurafat ini. Tangkal atau wafak perlu dielakkan.
Layanlah Ayat Quran dengan selayaknya. Ia perlu dihayati dan difahami. Bukan dijadikan sebagai tangkal.