Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Tidak Boleh Tidur Malam Namun Siang Bertenaga

Pesakit ini hadir ke rumah saya selepas di recommendkan oleh seorang rakan kenalan saya yang juga merupakan guru/ustaz di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu. Pesakit ini adalah jiran kepada kenalan saya ini.

Kenalan saya memaklumkan kepada saya perihal jirannya ini yang malam tidak tidur2 tapi siang cukup bertenaga walaupun tidak dapat tidur yang secukupnya. Kejadian yang diluar kebiasaan manusia normal ini katanya berlaku lebih kurang 2 bulan. Ianya amat pelik dan menghairankan. Jadi, disebabkan perkara tersebut. Dia hadir ke rumah saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang berkaitan.

Bilamana sampai ke rumah saya, saya melakukan sesi diagnosis berdasarkan simptom2 yang ada. Biasanya kalau kes sebegini melibatkan gangguan saka. Sebab gangguan yang berlaku pada pesakit tidak langsung memudaratkan rutin seharian pesakit. Cuma yang terganggu adalah tidur malam sahaja.

Namun dari segi lain, contohnya rumahtangga, perkerjaan, solat, makan minum dan hidup sehari-hari tidak langsung terganggu. Macam manusia normal biasa.

Jadi saya pun menyarankan rawatan memutuskan pertalian saka, sekiranya ada. Bila saya cakap macam tue. Puas pesakit menafikan yang beliau memiliki saka. Sebab kehidupannya adik beradik lebih ke arah kemodenan dan mengikut arus peradaban masa kini. Yang mana, cerita perihal saka ini agak berlawanan dengan gaya hidup beliau dan insan yang rapat dengan beliau.

Disisi saya, ini tidak menjadi masalah. Saya pun tidak mahu memanjangkan proses rawatan menjadi sesi membuktikan keberadaan saka tersebut. Saya patahkan hujah, saya cakap.

” Kalau pada abang ada saka, nak x kita buang saka tersebut.?”

Bila ayat ini saya guna. Memang biasanya semua orang xnak. So beliau pun menjawab.

” Eh memang xnak la. Buangla kalau ada.”

Dengan situasi begini memendekkan masa rawatan saya. Yelah, nak menjelaskan saka keturunan ini, boleh makan masa berjam-jam. Sangat tidak sesuai sekiranya terdapat patient lain yang akan menyusul atau sedang menunggu. Semakin cepat rawatan, lebih baik. Lagi ramai saya dapat bantu.

Bermulalah proses membuang saka. seperti biasa lafaz putus saka dialunkan dan lafaz amaran dan dakwah disampaikan. Tiba-tiba…..

Untuk pengetahuan semua, pesakit ini lelaki berusia lingkungan 40-50an. Tinggi dan sangat tegap pada pandangan saya. Beliau hadir ke rumah saya bersama dengan 2 orang lelaki iaitu rakannya/jirannya.

Bersambung, selepas proses putus saka selesai. Pesakit saya ini menangis teresak-esak. Macam putus cinta gamaknya. Sangat sedih. Situasi yang sangat biasa pada saya sekiranya ada saka/sahabat/dampingan di kalangan jin.

Ketika beliau menangis saya membiarkan beliau ambil masa tersebut. Kebetulan tekak saya kering. Saya pergi membasahkan tekak di dapur. Dan meminta rakan-rakannya untuk menenangkan pesakit tersebut.

Sangat syahdu saya tengok. Usai saya kembali dari dapur. Saya lihat pesakit mula semakin tenang. Dan saya bertanyakan.

” Kenapa Menangis.?”

Beliau Jawab. ” Entahla saya pun xtahu.”

” Ayat putus saka yang baca tadi menakutkan ke atau biasa je” Saya sambung.

” Eh biasa je. Takde takut pun ayat tersebut.”

Jadi dipendekkan cerita, saya pun menerangkan kemungkinan ada saka itu sangat tinggi berdasarkan apa yang telah berlaku. Selesai rawatan, pesakit pun kembali pulang ke rumah beliau.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *