Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Urut nie sakit sangat ke? Macam nie, saya beri situasi mudah, kalau anda tidak sakit atau tekan badan tidak sakit. Tidak perlu pun untuk urut badan. Sebab tiada keperluan pun. Tapi kalau bekam itu memang ada hadis kebaikan bekam.

Abis tue kalau x urut, apa yang terbaik selain urut. Jawapan saya mudah je, Bersenam la. Buat aktiviti yang bermanfaat untuk badan. Contoh berzumba ke, senaman tua ke, bersilat ker, main bola sepak ke atau macam-macam lagila. Banyak sangat nak cakap benda yang bermanfaatkan.

Tapi kalau badan sakit, nak bongkok pun payah. Macam mane nak senaman. Kadang2, nak bengkok kan lutut pun jenuh. Nak solat macam biasa pun sukar, kena guna kerusi. Haa kat sinilah baru masuk daerah urutan.

Urut ini adalah untuk orang yang benar-benar memerlukan. Yelah nak tidur pun susah. Nak berjalan susah. urut adalah pengganti kepada senaman. Melancarkan urat yang tersumbat. Urat penuh dengan angin. Sehinggakan perjalanan darah pun menjadi kurang lancar.

Kalau rasa boleh tahan dengan keadaan badan yang sakit itu, xperlu urut pun takde masalah. Tapi makan ubat dah, pergi jumpa doktor dah. Dan sehinggakan macam-macam ikhtiar dah buat. So nak xnak, mungkin jalan terakhir kena cubala urut.

Masa ketika ini, kalau sakit terpaksalah hadap. Dari nak merana berpanjangan kan. Tapi jangan risau, saya bukanlah orang yang membuktikan saya seorang yang handal urut. Tekan urat sampai tak ingat dunia. Kalau sakit sangat, bagitahu je kat saya. jangan diam diam. Sebab kalau diam, saya tekan lagi habis. Kalau beritahu, saya akan kurangkan kadar urut.

Kenapa kena urut kuat. Sebab nak cepat habis. Kalau urut-urut sikit-sikit, lamalah nak selesainya. Kadangkala kena repeat dua ke tiga kali baru ok.

Dengan saya sangat fleksibel. Tujuan saya nak selesaikan masalah orang, bukan nak pedajal orang. ok.

Anda dapat sesuatu dalam nie. likela sikit. Tq yer.

#kisahurut #urutsaraf #kirpraktiktanjungmalim

Share:

2 Responses

  1. Artikel menarik ,kalau Urutan tunjuk Langit ada ? Hehehe gurau je.
    Terima kasih Selama ni Salah Faham juga berkenaan urut urut ni .
    Dah baca Artikel ni memang ringkas mudah Faham padu riski.my.
    Biasanya sebelum ni minta urut untuk releks2 je .
    Lepas dah Jumpa Ahli terapi lebih kurang sama juga suggestion Dia.
    Kena bersenam jaga makan Dan lain2 untuk kekalkan Kesihatan pada tahap Yang Baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *