” Peluklah diriku jangan kau lepas, kan ku jangan kau lepaskan, ku derita.”, Lagu yang dimainkan oleh kumpulan alexa dari indonesia. Kedengaran chorusnya diputarkan berulang-ulang kali. Aku lihat jam sudah pukul 2.30pagi
“Ish, sape lah yang pasang lagu nie, pagi-pagi nie.” Guman aku sendirian setelah terjaga dari tidur.
Nyanyian itu terdengar dari luar bilik ku sendiri. Aku mencari dimana datangnya lagu tersebut.
” La ringtone aku rupanya, macam manela boleh lupa ini rington yang aku setkan.” Gumanku tersenyum sendirian.
Aku pun mengangkat, talian tersebut. Kelihatan nombor yang tidak ku kenali naik di paparan telefon merahku.

” Assalamualaikum. En Mahathir, tolong anak saya, dia sakit.” Ujar suara seorang perempuan agak berusia di speaker telefon memulakan bicara.
” Wassalam, oh yeke. Kejap ini siapa ?”, tanya aku kepadanya.
” Saya **** Jiran en. Mahathir.Anak saya macam dah hilang ingatan. Minta tolong,” Balasnya.
” Ok, saya datang sekarang. ” Saya dalam keadaan mamai, membalas permintaan tersebut.
Kadang bukan semua saya save nombor telefon. Kalau yang kerap berhubung memangla saya akan save. Maaf ye, bukan xnak save.
Ok saya pun cuci muka dan gosok gigi sikit. Sebab kejap lagi kemungkinan banyak menggunakan mulut. Jadi kita bersiap-sedia jela.
Perjalanan saya ke rumah jiran lebih kurang 5 minit sahaja. Saya jalan kaki, dah sampai. Tapi cuak jugakla, jalan waktu pagi-pagi buta nie kan. Sunyi je keadaan. Walaupun saya selalu berhadapan dengan jin, cuak jugak kalau tempat-tempat sunyi ini. Depan jin je, muka ada berani. Dalam hati, Allah je yang tahu.
Bila sunyi-sunyi ni, paling menakutkan selain jin. Adalah manusia, Moga Allah melindungi saya dari sebarang kemudaratan dan malapetaka. Amin.
Sesudah sampai ke kawasan luar, pagar nampak berkunci. Saya cari juga la, kawasan yang boleh masuk. Try tolak-tolak pintu pagar, Alhamdulillah boleh bukak. Pandang jugak saya kiri kanan, manala tahu ada orang ingat saya nie pencurila kan. Yela kul 2-3 pagila katakan. Mintak dijauhkan.
Kelihatan jugala ada beberapa kelibat hitam di luar rumah. Disebabkan saya agak mamai dan mengantuk. Saya tak ambil pusing pun semua itu. “Lantak komela. Jangan cari pasal ngan aku sudah”.
Sampai ke kawasan tingkap, saya terdengar suara tangisan yang mendayu-dayu. Apalah yang sakit sangat tue. mendayu-dayu bunyinya. Saya pun mula merapati pintu. Pintu masih tertutup. Sebelum sampai pintu, saya ada juga beri salam. Tapi xdelah kuat sangat bunyinya. Nanti terbangun pulak jiran sebelah.
Sampai je dihadapan pintu, saya mengetuk pintu 3 kali. Pintu dibuka oleh ayah pesakit. Saya pun bersalaman dan dijemput masuk ke dalam rumah. Langkah pertama melangkaui pintu saya melihat ke arah suara yang menangis mendayu-dayu yang berada di tengah rumah. Seorang perempuan berumur 20an dalam keadaan duduk menangis diapit oleh bapanya dan juga adiknya.
Saya pun menghampiri dan meminta kerusi untuk diduduki berhadapan dengan pesakit. Mata pesakit melilau-lilau tiada arah. Kadangkala tersenyum sinis sendirian. Dan sambil menangis dan air mata berjujuran turun.
Adiknya mengambil kerusi untuk saya duduk. Kerusi plastik mainan. Biarlah asalkan saya boleh hampir dengan pesakit. Mudah nak rawat.
Dalam keadaan macam kecemasan, memang tak boleh la untuk buat prosuder asas merawat, seperti saya duduk di belakang pesakit dan sebagainya. Memang perlukan pengubahsuaian pada kondisi kecemasan ini.
Saya bertanya dengan lembut, “Kenapa kamu menangis dan ketawa?” Tetapi wanita itu hanya menggeleng tanpa memberi jawapan.
Saya melihat, wanita ini bukan tidak sedarkan diri sepertimana kerisauan ibunya, namun dia sebenarnya kerasukan jin. Ada jin yang telah mengawal badannya sepenuhnya. Sehingga tiada kesedaran wanita ini ketika itu. Keadaan ini adalah situasi biasa yang berlaku pada kebanyakan pesakit saya yang dimasuki jin.
Risau juga, kalau pesakit saya mengalami hilang daya ingatan, sebagaimana sakit fizikal hilang ingatan. Yang baru sahaja berlaku pada arwah ayah saya. Sebelum arwah mengadap illahi, Arawah ayah saya memang ingatannya beransur-ansur hilang. Bahkan siang atau malam pun dia keliru. Haa ini memang sakit fizikal, adalah berkaitan dengan masalah pada bahagian otaknya yang kalau nak diceritakan panjang jugalah. so xde kena mengena dengan kes saya ini.
Aku bertanya lagi, “Siapa kamu sebenarnya?” Wanita itu terus menggeleng, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang jawapannya.
” Adakah engkau dari saka keturunan atau tidak?” Saya teruskan bertanya. Dia menggelengkan kepada.
” Saya tanya lagi, adakah engkau ini ada tuan”. Terjah saya lagi. Dengan harapann mendapat maklumat penting. Tapi kali ini dia tidak lagi menggeleng, namun dia mengangguk.
Dengan sabar aku memohon perlindungan dan petunjuk daripada Allah. Setelah beberapa ketika, aku mengesyaki ada masalah ditempat kerja.
Aku mula bertanya kepada keluarganya, “Adakah anak ini pernah bergaduh atau ada masalah dengan sesiapa di tempat kerja?” Keluarga wanita itu menyebut satu nama, dan apabila nama itu disebut, jin tersebut mengangguk, menandakan itulah puncanya.
aku berkata, “Aku akan cuba membantu. Adakah kamu sanggup keluar dari tubuh wanita ini dan bebas?” Makhluk itu menggeleng, enggan meninggalkan badan wanita ini.
” Kalau kamu tak mahu keluar, kamu akan aku bunuh!. Adakah kamu sanggup.” Aku mengugut keras kepada jin tersebut.
” Amaran terakhir, aku berikan kepada kamu, kalau kamu tidak mahu keluar akan aku bunuh.” Saya menitipkan amaran terakhir kepadanya. Moga dakwah saya berkesan. Dan tidak akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Bukan manusia je kita kena dakwah, jin pun kita kena dakwah jugak.
Tapi jin itu tetap berkeras.
” Ya Allah jika kematian itu yang terbaik, engkau permudahkanlah. Jika sebaliknya berikanlah petunjuk kepadaku. ” Saat getir ini saya merafakkan doa akan diberikan petunjuk dan bimbingan.
“Saya minta izin untuk sentuh bahagian leher untuk melaksanakan misi terakhir ini.” Saya minta izin dengan bapanya untuk melaksanakan proses tersebut, kerana perlu menyentuh ringan bahagian leher dalam keadaan berlapik.
Dalam proses rawatan, hanya ini sahaja sentuhan yang berlaku. Tiada sentuhan lain.
“Bismillahi AllAHUAKBAR”, Sembelihan pertama dilakukan. Badan dan kaki wanita ini menggeletar seolah kesakitan.
“Bismillahi AllAHUAKBAR”, Sembelihan kedua dijalankan. Makin keras pergerakan.
“Bismillahi AllAHUAKBAR”, Dan sembelihan terakhir seolah-olah mengelar leher jin dengan menggunakan parang yang sangat tajam. Mengalir darah membuah-buak.
Cukup 3 kali, wanita ini tersedar dan mula memandang mata saya dalam keadaan lemah dan tidak berdaya. Memek muka pun jauh berbeza. Kelihatan seola-olah matanya berterima kasih kepada saya diatas bantuan ini.
” Cuba mengucap.” Saya arahkan dia mengucap 2 kalimah syahadah.
“Ashhadu an la ilaha illa Allah, wa ashhadu anna Muhammadan Rasulullah.” Lemah namun agak jelas sebutannya.
” Nie nama sape, dan nama ayah dan nama ibu”. Saya tambahkan lagi soalan. Dia menjawab penuh namanya dan nama bapa dan nama ibunya.
“Okla dah selesai untuk malam ini, kalau ada pape masalah nanti bagitahu saya ye. Saya balik dulu. “
Waktu ketika itu dalam 2.50pagi, esok nak kerja. Saya perlu segera beradu untuk pulihkan kembali tenaga untuk bekerja. Yela, saya bukan fulltime mengubat, ada kerja hakiki lain pada siang harinya. Moga wanita itu terus kekal dalam keadaan yang sihat. Amin.





