Taman Tempua Bestari

48300 Kerling, Selangor

+6019 427 6307

Untuk Sebarang Pertanyaan

Temujanji Sahaja

Temujanji bagi Rawatan

Terkena Gangguan Semasa Teambuilding di Hulu Langat – Mimpi Ular Berbisa

“Cik, boleh ke saya datang berubat?” Notifikasi keluar dari handphone saya.
Saya pun tekan mesej tersebut dan membalas.
“Boleh je”.
“Kena bawak ape ye?” Jawapan terus menyusul dari orang ini.
” Bawak jela air sebotol.” Saya jawab

Seterusnya saya beri lokasi dan masa temujanji. Malamnya pertemuan di temeterai.

brom brooom brommm bunyi motor kedengaran dari luar rumah saya. Saya melihat sebuah motor parking di hadapa rumah saya. Saya membuka pintu rumah dan mendapati keadaan diluar rumah hujan renyai2.

“Padu mereka ini, hujan-hujan pun sanggup redah datang rumah saya.” Gumam saya dalam hati.

Saya buka pagar kecil, dan menjemput mereka masuk ke rumah saya.

“Ini untuk mengubat ke?”. Tanya mereka.

Aah, ye ye inilah rumah saya. Masuklah. Saya bergegas masuk kembali ke dalam rumah disebabkan hujan.

“Dari mana saya nie?”. Saya tanya sedikit kuat disebabkan nak melawan bunyi hujan rintik2.

Mereka jawab ” Kami dari serendah.”

Ikutkan jarak dari sini ke serendah lebih kurang 36km juga lah nak sampai kalmupang nie. Kalau naik motor lebih kurang 35min ke 40min jugak. Dengan keadaan hujan rintik-rintik, boleh lencun jugakla. Memang nekad sungguh juga mereka ini nak datang rumah saya. Mungkin sakit sangat dan sangat-sangat tidak selesa. Biasanya orang akan tangguhkan dahulu ke tarikh lain. Ini memang rare la, sangguh redah jugak. Saya rasa bersemangat nak bantu mereka.

Mereka ini adalah pasangan suami isteri yang baru sahaja berumah tangga. Usia yang sangat muda, sungguh muda kalau nak dijadikan zaman sekarang. Perkahwinan muda ini sangat rare dan jarang berlaku. Namun mereka datang bersama untuk mendapatkan rawatan dengan saya.

Individu yang menghubungi saya melalui wasap adalah perempuan yang juga isteri. Agak menggigil kesejukan beliau masuk ke rumah saya. Yela, sejuk kat luar. Hujan tidak henti-henti sepanjang jalan. Digagahkan juga masuk dan duduk di sofa dalam rumah saya.

Saya duduk berhadapan, dan mula bertanyakan apa masalah yang telah mereka hadapi.

Perempuan ini memberitahu, badannya sangat lemah selepas pulang dari teambuilding di hulu langat, selangor. Team building ini dianjurkan oleh syarikat dimana tempat dia berkerja. Balik dari hulu langat beliau bermimpi ada 3 ular berbisa cuba mematuk nya namun tidak dapat. Dan keluar melalui mulutnya rambut. Selepas itu mimpi itu tamat.

Lalu saya bertanya adakah dia pernah mimpi baby, kanak-kanak dan kena tindih sebelum kahwin. Dan dia menjawab, pernah. Dan seterusnya saya tanya, adakah dia pernah kerasukan sebelum ini. Dia pun menjawab pernah. sebelum kahwin pun pernah.

Dari sini saya menjangkakan kes dia ini melibatkan dua entiti iaitu entiti saka dan entiti gangguan dari hulu langat.

Bila mana saya kami bercerita tentang ular yang dimimpinya itu, tiba-tiba saya merasakan meremang bulu roma sebelah kanan. Dan saya menjangkakan ular yang disebut itu hadir bersama kami di dalam rumah saya.

Kebetulan pada masa yang sama, pesakit mengadu badan mula kebas. Dan saya terus menyeru jin ular untuk tampil ke hadapan.

” Wahai jin ular, jika engkau ada. Bicara denganku.”

Wajah pesakit mula berubah. Bentuk dan alis mata kelihatan seperti mata ular. Dan saya tanya lagi.

” Wahai ular, kalau engkau ada. Angguk.”

Keadaan sangat hening. Tiada kedengaran unggas-unggas berlalu. Bahkan hanya kedengaran bunyi kipas berpusing-pusing laju.

” Wahai ular, kalau engkau ada. Tolong angguk.”

Tiba-tiba, pesakit mengangguk kan kepala.

“Yes dia dah respon.” Cakap saya dalam hati.

“Aku tahu engkau boleh cakap, dan cakap kat aku, kenapa engkau kacau perempuan ini.”

Mulut perrempuan itu seperti sukar untuk melafaz kata-kata. Maka saya pun berdoa supaya dimudahkan untuk jin ini menggunakan mulut perempuan ini.

” Ok sekarang aku dah bantu, engkau dah boleh cakap. Kenapa engkau kacau budak ini?” Saya tanya kembali soalan tadi.

“Aku suka dia. Aku nak dia.”

” Laa tak bolehla macam tue, budak ini dah ada laki. Dan perbuatan engkau ini perbuatan yang salah. “

“Aku malam nie dah malas nak bunuh-bunuh jin. So aku minta jasa baik engkau untuk kembali semula ke tempat engkau. Boleh?”

Jin itu mengangguk perlahan.

” Ok kalau macam tue, aku nak engkau berjanji dengan aku. Ikut cakap aku.”

Dia angguk dua kali.

Saya pun membacakan ayat sumpah laknat dan diikuti oleh jin itu. Selesai sumpah laknat tersebut. Saya pun bertanya lagi.

” Ini nak aku tolong ke hantar korang ke tempat asal semula. Aku boleh bantu, itupun kalau korang nakla. “

” Kami boleh balik sendiri.” Balas jin itu.

” Kalau macam tue, dengan nama Allah, keluarlah dan kembalilah kamu ke tempat asalmu sekarang.”

” Assalamualaikum” Ujar saya

“Waalaikum salam” dibalas dengan suara yang sangat sayu dan perlahan.

Mimik muka pesakit mula berubah. Kesedarannya mula kembali.

” Saya rasa kebasla pada tangan.” Ujar pesakit.

” Tunggu jap, mereka nak keluar tue. Bagi masa sikit.” Balas saya.

Sampai mereka abis keluar, saya pun tanya. ” Ok, masih kebas lagi. “

” Dah tak kebas dah.” Alhamdulillah pesakit menjawab soalan ringkas saya.

“Ok sekarang, dah rasa better tak?” Tanya saya.
” Ada kurang sikit.” Respon pesakit.

” Mungkin ada lagi saka yang masih tinggal dalam badan. Kejap ye saya adjust sikit.” Mereka melihat dengan serius respon saya.

Saya mula bersuara, ” Wahai saka, boleh tak engkau keluar sekejap. Biar aku handle masalah budak ini. ” Seru saya pada jin saka dalam badan.

” Ok macam mana badan sekarang?”. Saya tanya.
” Dah ringan sangat dah.” Balas pesakit.

Alhamdulillah, trik saya jadi. Seterusnya saya menjalankan proses membuang saka. Sekarang takde dah nak saka tue rasuk pesakit. Sebab saya dah tahu puncanya.

Semasa proses membuang saka dijalankan, badan saya meremang sangat jelas seluruh badan. Alhamdulillah selepas selesai, segalanya kembali normal.

Dan badan pesakit kekal ringan.

Melihat keadaan mereka saya terkenang zaman saya susah dulu. Bila suaminya mengeluarkan duit untuk beri pada saya, saya kata. ” Simpan duit itu untuk digunakan bagi keperluan kamu berdua. Korang lebih memerlukan dari saya. Tolong simpan duit. Berjimat dan saving merupakan kaedah penting untuk survive.” Nasihat saya pada mereka.

” Cuba share pengalaman kamu pada orang lain, mungkin diluar sana ada yang berputus asa untuk berubat. Ye saka boleh menyebabkan anxiety, depression dan kemurungan.Kamu ada ketiga-tiga benda nie kan.” Terjah saya padanya.

” Dia mengiyakan dan bersetuju dengan agakan saya.”

Selesai sesi rawatan mereka pun pulang. Mog akesembuhan berpanjangan hendaknya.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *